Monday, 30 August 2010

S.I.N.O.N.I.M

Syawal nanti genap setahun aku di bumi kinanah ni.Sekarang Ramadhan sudah menjengah ke-1o malam terakhir.Moga dipertemukan dengan malam itu.Yang ma'ruf perlu semakin dilazimi,zikir dihati perlu bersemadi bukan hanya manis dibibir.Bongkak,kikir,takabbur segala yang mazmumah kurang-kurangkan,mari menjadi hamba! Sememangnya manusia diciptakan untuk menjadi hamba.Bukan hamba kerana ramadhan tapi hamba kerana rasa bertuhankan Yg Maha Esa.Takut esok lusa lupus dari atas bumi,terkujur kaku didalam bumi.Ingat mati itu pasti.



Wahai hati-hati..terutama hati yang menulis!!
Jom koreksi semula target hidup kita,pasti bermacam cita kita impikan,mestilah..sebab kita manusia, perlu ada impian.Tapi ingat impian itu pastikan 'suci bersih' dari 'kekotoran',tanamlah impian yang ALLAH redha kerana impian itu harapan.Harapan itu adalah doa!Perancangan yang ada kita usahakan semampunya,walau adakalanya ia tidak terlaksana,tewas di tangan syaitan dan nafsu.Kita kena optimis terhadap rahmat ALLAH!!
Sentiasa berharap agar diri semakin matang,iman&taqwa tidak menipis,ilmu&amalan tebal-tebalkan agar menjadi pendinding diri,bekalan akhirat nanti.
Takutlah menjadi orang yang statik,tiada perubahan,takutlah menjadi orang yang semakin buruk budi pekerti nauzubillah.

Maka teruskan berusaha menjadi lebih baik! Yakin dengan rahmat ALLAH..buang segala rasa pesimis,buang rasa duka yang boleh merosak jiwa.Keep hope alive! Percayalah fitrah manusia itu sukakan kebaikan.Ia sinonim.~
~nota ini lebih untuk peringatan diri sendiri,tapi x salah untuk dikongsi "islah nafsak wad3u ghairak'~